Rabu, 17 Februari 2016

Pancing Perlis: Musim Pancing Ikan Puyu Sedang Melanda Di ... - Memancing di Perlis

Pancing <b>Perlis</b>: Musim Pancing Ikan Puyu Sedang Melanda <b>Di</b> <b>...</b> - Memancing di Perlis


Pancing <b>Perlis</b>: Musim Pancing Ikan Puyu Sedang Melanda <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2015 10:40 AM PST

Bersedia untuk tawan ikan besar di Langkawi,yang amat memuaskan hati.Para kaki pancing bolehlah hubungi saya untuk kita sama-sama turun ke laut untuk bertarung dengan ikan yang besar.Memang puas hati,saya coretkan sedikit pengalaman saya sambil bercuti dengan keluarga di Langkawi.

Pada bulan Julai sebelum puasa saya dah rancang nak bawa keluarga untuk bercuti di Langkawi.Seperti sedia maklum kawan-kawan saya yang baru bersara dari ATM,telah pun bercuti bersama keluarga,cuma saya saja yang belum sebab kesibukan berkursus dan kerja, hasrat bercuti terpaksa ditangguhkan dulu.

Pada mulanya perancangan saya,bercadang untuk holiday kat Pulau Perhentian Terengganu,namun selepas kursus Nature Guide di Perlis, bertemu dengan kawan-kawan yang mojoriti datang dari Langkawi.So..holiday saya bertukar sebab kawan-kawan nak buat reunion dan dinner kat Langkawi beserta dengan saya dan geng dari Perak ada 5 orang sahaja,yang lain 25 orang semua orang Langkawi.
          Saya menempah Hotel Holiday Villa cuma dapat 1 malam sahaja,malam kedua saya cari homestay untuk keselesaan mak mertua saya.Secara kebetulan adik lelaki saya yang juga kaki pancing tinggal di Tmn Nilam dekat dengan Hajah Homestay tempat saya menginap.Kami dah pun merancang untuk memancing,dan saya cuma bawa mesin pancing sahaja rod pinjam yang adik saya punya.
         Saya panggil kawan yang sama kursus dengan saya, namanya Rozana,minta tolong dia temankan keluarga saya untuk pergi shoping,sebab saya tak ikut shoping,bagi memudahkan perancangan kami untuk turun ke laut.Saya hulur duit pada adik saya untuk beli minyak bot dan umpan,pada kira-kira jam 2.30 ptg kami mula turun ke jety,ingatkan jauh,rupa-rupanya di belakang rumah dia tinggal sahaja.
        Bawa umpan udang hidup dan naik bot yang agak panjang 23 kaki injen 30hp,cuma 10 minit dah sampai tempat memancing.Kami cuma 3 orang saja siap boleh baring telentang lagi,sebab bot panjang.
Bot kami parking kat muka laut..air masuk ke kuala,dengan air laut yang jernih,tidak boleh labuh sauh sebab nak jaga karang, tempat lubuk ikan besar-besar dok main.Guna batu ladong agak besar,..sebesar ibu jari,dibiarkan tergantung kira-kira sejengkal dari dasar karang.Bot dibiarkan hanyut pelahan-lahan,dengan umpan udang hidup,seekor demi seekor ikan besar-besar di tawan.
        Saya amat berpuas hati dengan hasil tangkapan pada hari tu.Sebab tak pernah dapat ikan sebesar kertas saiz A4.Dalam dok sedap tarik ikan,tali stater injen bot tersangkut lagi..,dah rugi masa setengah jam nak pebetul.Namun begitu jam 7.00 kami bertolak balik sebab nak kejar ke hotel untuk denner dengan kawan-kawan
       Pun begitu saya memang amat berpuas hati dengan hasil pada hari tu.Nak angkat dalam beg berat lebih dari 10 kg,masa cuam lebih kurang 2 jam lebih sahaja dapat ikan Kerapu, Jemuduk, Geropoh, Gerut-gerut, Tebal Pipi, Bawal Cermin dan Jenahak.
       Jika sesiapa kaki pencing nak pergi boleh hubungi saya 012-631 6132,kita turun test tengok macamana nak bertarung dengan ikan Langkawi sambil-sambil makan angin.Saya juga boleh bagi harga yang berpatutan, dengan  turun ke laut awal pagi dan balik sebelum waktu maghrib.1 bot cuma lebih kurang Rm250 sahaja siap dengan umpan dan makan tengahari serta tekong yang berpengalaman.Jika ramai kita akan cari bot tambahan sebab untuk keselesaan, 1 bot boleh naik 4 orang sahaja.Rod pancing bawa sendiri dan digalakan guna tali 100-200 paun sebab ikan besar kadang-kadang berat lebih kurang 5-8kg seekor,hari tu saya guna tali benang 200 paun.



Bot fiber 23 kaki,melalui Pulau Tikus pemandangan yang menarik..kadang-kadang jetsky melintas di laluan yang menganggu keselesaan kami tengah menunggu ikan,untuk ditarik..memang best gilerr..enjoy la..memang terbaik..nak try jom...kita turun tengok baru tau...macamana nak tawan ikan besarr...rasa-rasa esok nak pi lagi..

Pancing Perlis: Blogger - <b>Memancing di Perlis</b> - Pancing Perlis <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2015 09:05 AM PDT

KOTA TINGGI 26 Nov.- Hadiah lumayan keseluruhan berjumlah RM20,500 menanti kaki pancing dalam Cabaran Memancing 'Eco Boat" Kulim 2013 yang akan berlangsung di Sungai Johor, Ladang Basir Ismail (Nam Heng), Ulu Tiram, Johor pada hari Ahad 1 Disember ini. Pertandingan sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor tersebut adalah anjuran Kulim Malaysia Berhad dengan kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) Sdn Bhd dan Joran Bagus Sdn Bhd dan ianya terbuka kepada semua warga Malaysia khususnya rakyat Johor.

Pengarah Urusan Joran Bagus Sdn Bhd, Azmi Nan berkata, juara pertandingan itu akan menerima hadiah wang tunai RM6,000 dan hamper. Menurutnya, pemenang tempat kedua pula akan menerima RM2,000 manakala tempat ketiga (RM1,000) dan keempat (RM500) beserta hamper. "Setiap pemenang layak memenangi lebih daripada satu hadiah dan terbuka kepada orang ramai khususnya kaki pancing untuk menyertai pertandingan ini," katanya yang ditemui di sini. Azmi berkata, bagi pemenang dari tempat kelima hingga ke-10pula masing-masing akan menerima RM300 manakala tempat ke-11 hingga ke-20 mendapat RM200 dan tempat ke-21 hingga ke-30 mendapat RM100 di samping hamper produk Azmi Food Marketing. Beliau berkata, pertandingan yang akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang itu membenarkan peserta mendaftar dua batang joran.

Ujarnya, setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM100 dimana sebanyak 300 helai T'Shirt disediakan untuk pendaftar terawal. Juara pertandingan ini ditentukan bagi ikan terberat. "Di samping itu penganjur turut menyediakan hadiah RM500 serta hamper bagi bot tangkapan paling banyak selain mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan sebanyak 13 hadiah menarik antaranya motosikal, barangan pancing dan hamper.

Bagi mereka yang berminat menyertai pertandingan tersebut boleh mendaftar secara 'walk-in' di Kedai Pancing Joran Bagus Kota Tinggi dan Pejabat IPPJ Sdn Bhd di Komtar, Johor Bahru atau menghubungi 07-222 1767, 012-785 1505, 019-715 4000, 017-7243823 dan 013-742 6187.

Pancing <b>Perlis</b>: Pancing <b><b>Perlis</b></b>: <b><b><b>Memancing di</b></b <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2014 09:27 AM PST

Ada dua perkara utama yang dititikberatkan oleh kaki pancing terutamanya mereka yang bergelar kaki pancing tegar iaitu alatan dan lubuk (lokasi pancing yang banyak ikan).

Kadang-kadang tentang hasil pancing tidak dihiraukan sangat biar pulang dengan tangan kosong janji puas boleh baling umpan dan pergi ke lubuk baru.

Bercerita mengenai lubuk, ia satu perkataan yang sensitif buat kaki pancing. Maklumlah lubuk dengan kaki pancing tidak dapat dipisahkan ibarat irama dengan lagu.

Terdapat pelbagai tempat yang diklasifikasikan sebagai lubuk oleh kaki pancing tidak kira sama ada di laut, sungai, kolam, pantai, paya dan laut.

Bermula dari utara tanah air hinggalah ke Sabah dan Sarawak, semuanya mempunyai lubuk pancing dan keistimewaan yang tersendiri.

Kita bermula dari negeri yang paling utara iaitu Perlis, kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing ialah sepanjang Sungai Korok.

Bagi mereka yang bergelar kaki pancing dan anak watan negeri tersebut pasti mempunyai pengalaman memancing di sungai tersebut yang mengandungi  ikan  jenis belida dan lampam.

Selain daripada itu antara lubuk  ikan  air tawar di negeri tersebut ialah empangan Timah Tasoh yang menjanjikan  ikan  tilapia kepada mereka yang menunggu dengan penuh kesabaran.

Seterusnya di persisiran pantai Kuala Perlis dan Sungai Baru, jika tiada aral melintang kaki pancing boleh menaikkan sembilang, gelama dan kerapu.

Seterusnya lubuk di negeri Kedah, bagi memancing tegar pasti pernah memancing di luar Pulau Langkawi antara perairan negara yang mempunyai banyak lubuk  ikan .

Selain di sekitar tukun yang terdapat di tengah laut, kaki pancing boleh mengadu kehebatan di beberapa pulau kecil yang dikelaskan sebagai lubuk ikan .

Antara spesies  ikan  yang bakal dinaikkan oleh kaki pancing ialah jenahak, belitung, kerapu, alu-alu dan kertang.

Manakala di Kedah, antara lubuk yang popular tentunya di Terusan Wan Mat Saman, Sungai Muda, Tasik Pedu dan Empangan Tanjung Chali dan Sungai Alor Mengkudu.

Jenis  ikan  yang terdapat di lubuk Jelapang Padi itu ialah jelawat, belida, lampam, toman, patin dan rohu.
Pulau Pinang pula terkenal dengan lubuk di Pulau Kendi, Tukun Karang Taiwan, Tukun Karang Jepun, Pulau Betung, Tanjung Mat Sari, Pasir Badak, Tanjung Gemuk dan Tanjung Gertak Sanggul.

Joran kaki pancing pasti dilarikan spesies kerapu, jenahak, senangin, siakap merah, gerut-gerut, pari, gelama papan, manakala ikan  pertengahan air termasuk tenggiri, alu-alu dan talang.

Lubuk di Perak pula banyak tertumpu di persekitaran Empangan Temenggor, iaitu Tasik Temenggor, Tasik Chenderoh dan Tasik Kenering. Antara jenis  ikan  yang terdapat di situ ialah toman, temoleh, belida, kelah dan tilapia.

Jika ingin memancing  ikan  air masin pula lubuk yang terkenal tentunya di Pulau Sembilan, Pulau Pangkor, Pulau Jarak dan di muka Kuala Lumut yang menjanjikan syurga  ikan  kepada kaki pancing terutama  ikan  jenis kerapu, tambak, talang, gerpoh, ebek, cencaru dan kerisi.

Bagi warga kota pula yang merantau di Kuala Lumpur dan Selangor cukup sinonim dengan lubuk  ikan  di Pulau Angsa, Pulau Ketam, Pulau Indah, Pelabuhan Kelang dan Tanjung Harapan.

Lubuk-lubuk ini terkenal dengan  ikan  pari, sembilang, jenahak, siakap merah, gelama, daun baru dan telinga gajah.

Manakala di kawasan sungai pula ia agak kurang popular berikutan kolam  ikan berbayar yang banyak dibuka tetapi anda boleh mencuba memancing di Sungai Bernam, Sungai Selangor dan sekitar kawasan Kuala Selangor.

Jika anda ingin mencari lubuk udang galah bolehlah singgah di Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan. Malah, negeri yang tersohor dengan adat perpatih itu juga terkenal dengan tempat memancing di sepanjang pantai Port Dickson dan perairan Selat Melaka dengan hasil jenahak, kerapu, gerut-gerut.

Johor juga cukup terkenal dengan lubuk  ikan  laut seperti di Pulau Pemanggil, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Pisang. Hasilnya ialah ikan  berprofil tinggi seperti tenggiri, ebek, kerapu, aruan tasik, alu-alu dan pelbagai spesies  ikan  merah.

Di kawasan Sungai Redan, Ulu Tiram pula, kaki pancing berpotensi untuk membawa naik pari, kerapu, siakap, senangin, tebal pipi dan jenahak.  Ikan  ini juga banyak terdapat di lubuk lain seperti di Perigi Aceh, Tanjung Sedeli dan Tebing Runtuh.

Penggemar udang galah pula boleh menduga kepakaran mereka di Sungai Mawai manakala  ikan  sungai terbaik seperti kelah, kelisa, sebarau, kaloi, toman dan tapah boleh dipancing di sekitar Kuala Lemakoh dan Sungai Endau.

Bila sebut tentang Pahang pasti para kaki pancing terbayang pekan Rompin  yang terkenal dengan aktiviti memancing baik di sungai mahupun laut.

Kalau di laut ia terkenal dengan  ikan   layaran  manakala kalau di sungai pula sudah tentu di Taman Negara, lubuk bagi  ikan  jenis kelah, patin, tapah, lampam dan sebarau.

Tempat lain yang dianggap lubuk bagi kaki pancing ialah di Nenasi, Merchong, Hulu  Rompin , Hulu Lemakoh, Lubuk Karang Do, Tasik Bera, Tasik Chini, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang.

Seterusnya di Terengganu, lubuk yang paling digemari tentunya di kawasan pulau yang indah dan air yang jernih seperti di luar Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Bidong, Pulau Merang, Pulau Yu, Pulau Tenggol.

 Ikan  yang bakal tersangkut di mata kail kaki pancing di situ ialah ikan  merah, gerpoh, alu-alu, mayong, belitung, kerapu merah, telinga gajah dan ibu kerisi.

Spesies  ikan  air tawar pula tentunya di lubuk seperti Tasik Kenyir, Sungai Terengganu, Sungai Cacing, Sungai Mangkok dan Sungai Penarik.

Tasik Kenyir terkenal dengan kelicikan toman bersama 39 spesies ikan  yang lain manakala di kawasan lain pula ada juga terdapat jenis  ikan  kelah, baung, sebarau dan patin.

Kaki pancing tegar pasti tidak ketinggalan untuk memancing di Kelantan berikutan beberapa tempat yang dianggap lubuk seperti di Tok Bali, Kuala Koh, Sungai Golok dan Sungai Kelantan dihuni  ikan jenis kelah, kelisa, belida, lampam dan spesies  ikan  air tawar yang lain seperti keli serta haruan.

Menjengah ke sebarang Laut China Selatan pula iaitu di Sarawak, kaki pancing akan dihidangkan dengan ratusan lubuk  ikan  seperti di Hulu Sungai Rajang, Mukah, Sungai Bedengan.

Lokasi ini banyak dihuni gelama, siakap merah, gerut, belanak, sembilang dan sebagainya di hulu sungai ini terdapat juga udang galah yang bersaiz besar.

Manakala di laut Mukah terdapat  ikan  jenis tenggiri batang, merah, cupak, bayan, landok, aruan tasik, kerapu sementara di kawasan muara Tebas pula terdapat  ikan  jenis pari, buntal, jenahak dan baung.

 Ikan  jenis air tawar pula terdapat di Sungai Satok, Sungai Lundu, Sungai Sematan, Sungai Batang Ai, Sungai Miri dan Sungai Igan yang terkenal dengan  ikan  jenis talapia dan  ikan  gergasi empurau selain udang galah.

Bagi kaki pancing laut dalam tentu lebih senang dengan lubuk Parlour atau Paloh yang kaya dengan  ikan  tenggiri, sementara itu di kawasan telaga minyak Bintulu dan Beting Lucornia pula terdapat ikan  tuna sementara Tanjung Datuk terkenal dengan permainan ikan  gerpoh atau GT.

Sabah pula lebih terkenal dengan kaki pancing di laut terutamanya di kawasan Pulau Layang-Layang, Pulau Mengalum, Pulau Mantanani, Pulau Balambangan, Pulau Banggi yang meliputi kawasan Pantai Barat Sabah.

Kawasan tersebut merupakan lubuk bagi  ikan  jenis aji-aji, kertang, kerapu, tenggiri dan  ikan  merah.
Kawasan di Pantai Timur Sabah seperti Pulau Sipadan dan Pulau Mabul juga kaya dengan lubuk  ikan  tetapi ia telah dijadikan kawasan perlindungan di samping ancaman lanun.

Mungkin terdapat beberapa lubuk yang tidak dicatatkan tetapi semua kawasan lubuk di atas adalah menjadi pilihan utama kepada kaki pancing.