Musim Pancing Ikan Puyu Sedang Melanda <b>Di Perlis</b> | KedahNews <b>...</b> - Memancing di Perlis |
- Musim Pancing Ikan Puyu Sedang Melanda <b>Di Perlis</b> | KedahNews <b>...</b>
- Blogger - <b>Memancing di Perlis</b> - Pancing Perlis
- pakej <b>memancing di</b> pulau tikus langkawi - taiping ... - Pancing <b>Perlis</b>
Musim Pancing Ikan Puyu Sedang Melanda <b>Di Perlis</b> | KedahNews <b>...</b> Posted: 11 Oct 2015 01:30 AM PDT KANGAR – Jika kita berada di Perlis ketika ini, yang menarik perhatian ialah aktiviti memancing ikan puyu. Tidak kira kecil besar, tua muda, ramai yang kelihatan memancing di dalam sawah atau tali air di sepanjang jalan. Dikatakan ramai yang lebih suka memancing di waktu petang, setelah habis bekerja di waktu pagi, ekoran keadaan cuaca di waktu petang, yang redup sementara ikan pula banyak timbul untuk mencari makan. Bagi Ismail Mahmud, 45 dari kawasan Abi dekat sini, ikan puyu biasanya dipancing pada hujung tahun apabila anak-anak puyu sudah membesar dan mampu memakan umpan pada mata kail. "Saya lebih suka memancing dalam bendang kerana lebih banyak ikan puyu yang memakan bunga rumput," katanya. Miah Darus, 67, dari Bintong pula memancing dalam parit dan tali air di hadapan rumahnya. Beliau berkata jumlah ikan puyu dalam sawah sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin banyak kerana antara sebabnya petani sudah kurang menggunakan racun rumpai dan perosak pada tanamam padi mereka. "Setiap hari saya boleh dapat hingga 50 atau 60 ekor ikan puyu. Saya makan sendiri dan kadang kala dijual," katanya. Asma Rashid, 33 dari Jalan Kaki Bukit merasa seronok memancing ikan puyu. "Ramai lagi yang mengail. Seronok beramai-ramai memancing di waktu petang," katanya. Ikan puyu selalunya digoreng, dibakar dan dimakan bersama air asam limau, dibuat gulai atau dijadikan pekasam. – BERNAMA |
Blogger - <b>Memancing di Perlis</b> - Pancing Perlis Posted: 05 Apr 2014 03:35 PM PDT KOTA TINGGI 26 Nov.- Hadiah lumayan keseluruhan berjumlah RM20,500 menanti kaki pancing dalam Cabaran Memancing 'Eco Boat" Kulim 2013 yang akan berlangsung di Sungai Johor, Ladang Basir Ismail (Nam Heng), Ulu Tiram, Johor pada hari Ahad 1 Disember ini. Pertandingan sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor tersebut adalah anjuran Kulim Malaysia Berhad dengan kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) Sdn Bhd dan Joran Bagus Sdn Bhd dan ianya terbuka kepada semua warga Malaysia khususnya rakyat Johor. Pengarah Urusan Joran Bagus Sdn Bhd, Azmi Nan berkata, juara pertandingan itu akan menerima hadiah wang tunai RM6,000 dan hamper. Menurutnya, pemenang tempat kedua pula akan menerima RM2,000 manakala tempat ketiga (RM1,000) dan keempat (RM500) beserta hamper. "Setiap pemenang layak memenangi lebih daripada satu hadiah dan terbuka kepada orang ramai khususnya kaki pancing untuk menyertai pertandingan ini," katanya yang ditemui di sini. Azmi berkata, bagi pemenang dari tempat kelima hingga ke-10pula masing-masing akan menerima RM300 manakala tempat ke-11 hingga ke-20 mendapat RM200 dan tempat ke-21 hingga ke-30 mendapat RM100 di samping hamper produk Azmi Food Marketing. Beliau berkata, pertandingan yang akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang itu membenarkan peserta mendaftar dua batang joran. Ujarnya, setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM100 dimana sebanyak 300 helai T'Shirt disediakan untuk pendaftar terawal. Juara pertandingan ini ditentukan bagi ikan terberat. "Di samping itu penganjur turut menyediakan hadiah RM500 serta hamper bagi bot tangkapan paling banyak selain mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan sebanyak 13 hadiah menarik antaranya motosikal, barangan pancing dan hamper. Bagi mereka yang berminat menyertai pertandingan tersebut boleh mendaftar secara 'walk-in' di Kedai Pancing Joran Bagus Kota Tinggi dan Pejabat IPPJ Sdn Bhd di Komtar, Johor Bahru atau menghubungi 07-222 1767, 012-785 1505, 019-715 4000, 017-7243823 dan 013-742 6187. |
pakej <b>memancing di</b> pulau tikus langkawi - taiping ... - Pancing <b>Perlis</b> Posted: 10 Mar 2014 03:42 AM PDT Bersedia untuk tawan ikan besar di Langkawi,yang amat memuaskan hati.Para kaki pancing bolehlah hubungi saya untuk kita sama-sama turun ke laut untuk bertarung dengan ikan yang besar.Memang puas hati,saya coretkan sedikit pengalaman saya sambil bercuti dengan keluarga di Langkawi. Pada bulan Julai sebelum puasa saya dah rancang nak bawa keluarga untuk bercuti di Langkawi.Seperti sedia maklum kawan-kawan saya yang baru bersara dari ATM,telah pun bercuti bersama keluarga,cuma saya saja yang belum sebab kesibukan berkursus dan kerja, hasrat bercuti terpaksa ditangguhkan dulu. Pada mulanya perancangan saya,bercadang untuk holiday kat Pulau Perhentian Terengganu,namun selepas kursus Nature Guide di Perlis, bertemu dengan kawan-kawan yang mojoriti datang dari Langkawi.So..holiday saya bertukar sebab kawan-kawan nak buat reunion dan dinner kat Langkawi beserta dengan saya dan geng dari Perak ada 5 orang sahaja,yang lain 25 orang semua orang Langkawi. Bot fiber 23 kaki,melalui Pulau Tikus pemandangan yang menarik..kadang-kadang jetsky melintas di laluan yang menganggu keselesaan kami tengah menunggu ikan,untuk ditarik..memang best gilerr..enjoy la..memang terbaik..nak try jom...kita turun tengok baru tau...macamana nak tawan ikan besarr...rasa-rasa esok nak pi lagi.. |
You are subscribed to email updates from memancing di perlis - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan