Rabu, 28 Oktober 2015

Musim Pancing Ikan Puyu Di Perlis - C@K@PM@L@S - Memancing di Perlis

Musim Pancing Ikan Puyu <b>Di Perlis</b> - C@K@PM@L@S - Memancing di Perlis


Musim Pancing Ikan Puyu <b>Di Perlis</b> - C@K@PM@L@S

Posted: 10 Oct 2015 10:31 PM PDT

KANGAR Jika kita berada di Perlis ketika ini, yang menarik perhatian ialah aktiviti memancing ikan puyu.

Tidak kira kecil besar, tua muda, ramai yang kelihatan memancing di dalam sawah atau tali air di sepanjang jalan.

Dikatakan ramai yang lebih suka memancing di waktu petang, setelah habis bekerja di waktu pagi, ekoran keadaan cuaca di waktu petang, yang redup sementara ikan pula banyak timbul untuk mencari makan.

Bagi Ismail Mahmud, 45 dari kawasan Abi dekat sini, ikan puyu biasanya dipancing pada hujung tahun apabila anak-anak puyu sudah membesar dan mampu memakan umpan pada mata kail.

Saya lebih suka memancing dalam bendang kerana lebih banyak ikan puyu yang memakan bunga rumput, katanya.

Miah Darus, 67, dari Bintong pula memancing dalam parit dan tali air di hadapan rumahnya.

Beliau berkata jumlah ikan puyu dalam sawah sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin banyak kerana antara sebabnya petani sudah kurang menggunakan racun rumpai dan perosak pada tanamam padi mereka.

Setiap hari saya boleh dapat hingga 50 atau 60 ekor ikan puyu. Saya makan sendiri dan kadang kala dijual, katanya.

Asma Rashid, 33 dari Jalan Kaki Bukit merasa seronok memancing ikan puyu.

Ramai lagi yang mengail. Seronok beramai-ramai memancing di waktu petang, katanya.

Ikan puyu selalunya digoreng, dibakar dan dimakan bersama air asam limau, dibuat gulai atau dijadikan pekasam. BERNAMA

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan