Pancing <b>Perlis</b>: Pancing <b><b>Perlis</b></b>: <b><b><b>Memancing di</b></b <b>...</b> - Memancing di Perlis |
- Pancing <b>Perlis</b>: Pancing <b><b>Perlis</b></b>: <b><b><b>Memancing di</b></b <b>...</b>
- Pancing <b>Perlis</b>: <b><b><b>Memancing di</b></b></b> <b><b>Perlis</b></b></b <b>...</b>
- Pancing <b>Perlis</b>: <b><b><b><b>Memancing di</b></b></b></b> <b><b>Perlis</b></b <b>...</b>
- Pancing <b>Perlis</b>: <b><b><b><b><b>Memancing di</b></b></b></b> <b <b>...</b>
- <b><b><b>Memancing di</b></b></b> <b>Perlis</b> - <b><b>Pancing</b></b> - <b <b>...</b>
Pancing <b>Perlis</b>: Pancing <b><b>Perlis</b></b>: <b><b><b>Memancing di</b></b <b>...</b> Posted: 02 Dec 2014 09:27 AM PST Ada dua perkara utama yang dititikberatkan oleh kaki pancing terutamanya mereka yang bergelar kaki pancing tegar iaitu alatan dan lubuk (lokasi pancing yang banyak ikan). Kadang-kadang tentang hasil pancing tidak dihiraukan sangat biar pulang dengan tangan kosong janji puas boleh baling umpan dan pergi ke lubuk baru. Bercerita mengenai lubuk, ia satu perkataan yang sensitif buat kaki pancing. Maklumlah lubuk dengan kaki pancing tidak dapat dipisahkan ibarat irama dengan lagu. Terdapat pelbagai tempat yang diklasifikasikan sebagai lubuk oleh kaki pancing tidak kira sama ada di laut, sungai, kolam, pantai, paya dan laut. Bermula dari utara tanah air hinggalah ke Sabah dan Sarawak, semuanya mempunyai lubuk pancing dan keistimewaan yang tersendiri. Kita bermula dari negeri yang paling utara iaitu Perlis, kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing ialah sepanjang Sungai Korok. Bagi mereka yang bergelar kaki pancing dan anak watan negeri tersebut pasti mempunyai pengalaman memancing di sungai tersebut yang mengandungi ikan jenis belida dan lampam. Selain daripada itu antara lubuk ikan air tawar di negeri tersebut ialah empangan Timah Tasoh yang menjanjikan ikan tilapia kepada mereka yang menunggu dengan penuh kesabaran. Seterusnya di persisiran pantai Kuala Perlis dan Sungai Baru, jika tiada aral melintang kaki pancing boleh menaikkan sembilang, gelama dan kerapu. Seterusnya lubuk di negeri Kedah, bagi memancing tegar pasti pernah memancing di luar Pulau Langkawi antara perairan negara yang mempunyai banyak lubuk ikan . Selain di sekitar tukun yang terdapat di tengah laut, kaki pancing boleh mengadu kehebatan di beberapa pulau kecil yang dikelaskan sebagai lubuk ikan . Antara spesies ikan yang bakal dinaikkan oleh kaki pancing ialah jenahak, belitung, kerapu, alu-alu dan kertang. Manakala di Kedah, antara lubuk yang popular tentunya di Terusan Wan Mat Saman, Sungai Muda, Tasik Pedu dan Empangan Tanjung Chali dan Sungai Alor Mengkudu. Jenis ikan yang terdapat di lubuk Jelapang Padi itu ialah jelawat, belida, lampam, toman, patin dan rohu. Joran kaki pancing pasti dilarikan spesies kerapu, jenahak, senangin, siakap merah, gerut-gerut, pari, gelama papan, manakala ikan pertengahan air termasuk tenggiri, alu-alu dan talang. Lubuk di Perak pula banyak tertumpu di persekitaran Empangan Temenggor, iaitu Tasik Temenggor, Tasik Chenderoh dan Tasik Kenering. Antara jenis ikan yang terdapat di situ ialah toman, temoleh, belida, kelah dan tilapia. Jika ingin memancing ikan air masin pula lubuk yang terkenal tentunya di Pulau Sembilan, Pulau Pangkor, Pulau Jarak dan di muka Kuala Lumut yang menjanjikan syurga ikan kepada kaki pancing terutama ikan jenis kerapu, tambak, talang, gerpoh, ebek, cencaru dan kerisi. Bagi warga kota pula yang merantau di Kuala Lumpur dan Selangor cukup sinonim dengan lubuk ikan di Pulau Angsa, Pulau Ketam, Pulau Indah, Pelabuhan Kelang dan Tanjung Harapan. Lubuk-lubuk ini terkenal dengan ikan pari, sembilang, jenahak, siakap merah, gelama, daun baru dan telinga gajah. Manakala di kawasan sungai pula ia agak kurang popular berikutan kolam ikan berbayar yang banyak dibuka tetapi anda boleh mencuba memancing di Sungai Bernam, Sungai Selangor dan sekitar kawasan Kuala Selangor. Jika anda ingin mencari lubuk udang galah bolehlah singgah di Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan. Malah, negeri yang tersohor dengan adat perpatih itu juga terkenal dengan tempat memancing di sepanjang pantai Port Dickson dan perairan Selat Melaka dengan hasil jenahak, kerapu, gerut-gerut. Johor juga cukup terkenal dengan lubuk ikan laut seperti di Pulau Pemanggil, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Pisang. Hasilnya ialah ikan berprofil tinggi seperti tenggiri, ebek, kerapu, aruan tasik, alu-alu dan pelbagai spesies ikan merah. Di kawasan Sungai Redan, Ulu Tiram pula, kaki pancing berpotensi untuk membawa naik pari, kerapu, siakap, senangin, tebal pipi dan jenahak. Ikan ini juga banyak terdapat di lubuk lain seperti di Perigi Aceh, Tanjung Sedeli dan Tebing Runtuh. Penggemar udang galah pula boleh menduga kepakaran mereka di Sungai Mawai manakala ikan sungai terbaik seperti kelah, kelisa, sebarau, kaloi, toman dan tapah boleh dipancing di sekitar Kuala Lemakoh dan Sungai Endau. Bila sebut tentang Pahang pasti para kaki pancing terbayang pekan Rompin yang terkenal dengan aktiviti memancing baik di sungai mahupun laut. Kalau di laut ia terkenal dengan ikan layaran manakala kalau di sungai pula sudah tentu di Taman Negara, lubuk bagi ikan jenis kelah, patin, tapah, lampam dan sebarau. Tempat lain yang dianggap lubuk bagi kaki pancing ialah di Nenasi, Merchong, Hulu Rompin , Hulu Lemakoh, Lubuk Karang Do, Tasik Bera, Tasik Chini, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Seterusnya di Terengganu, lubuk yang paling digemari tentunya di kawasan pulau yang indah dan air yang jernih seperti di luar Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Bidong, Pulau Merang, Pulau Yu, Pulau Tenggol. Ikan yang bakal tersangkut di mata kail kaki pancing di situ ialah ikan merah, gerpoh, alu-alu, mayong, belitung, kerapu merah, telinga gajah dan ibu kerisi. Spesies ikan air tawar pula tentunya di lubuk seperti Tasik Kenyir, Sungai Terengganu, Sungai Cacing, Sungai Mangkok dan Sungai Penarik. Tasik Kenyir terkenal dengan kelicikan toman bersama 39 spesies ikan yang lain manakala di kawasan lain pula ada juga terdapat jenis ikan kelah, baung, sebarau dan patin. Kaki pancing tegar pasti tidak ketinggalan untuk memancing di Kelantan berikutan beberapa tempat yang dianggap lubuk seperti di Tok Bali, Kuala Koh, Sungai Golok dan Sungai Kelantan dihuni ikan jenis kelah, kelisa, belida, lampam dan spesies ikan air tawar yang lain seperti keli serta haruan. Menjengah ke sebarang Laut China Selatan pula iaitu di Sarawak, kaki pancing akan dihidangkan dengan ratusan lubuk ikan seperti di Hulu Sungai Rajang, Mukah, Sungai Bedengan. Lokasi ini banyak dihuni gelama, siakap merah, gerut, belanak, sembilang dan sebagainya di hulu sungai ini terdapat juga udang galah yang bersaiz besar. Manakala di laut Mukah terdapat ikan jenis tenggiri batang, merah, cupak, bayan, landok, aruan tasik, kerapu sementara di kawasan muara Tebas pula terdapat ikan jenis pari, buntal, jenahak dan baung. Ikan jenis air tawar pula terdapat di Sungai Satok, Sungai Lundu, Sungai Sematan, Sungai Batang Ai, Sungai Miri dan Sungai Igan yang terkenal dengan ikan jenis talapia dan ikan gergasi empurau selain udang galah. Bagi kaki pancing laut dalam tentu lebih senang dengan lubuk Parlour atau Paloh yang kaya dengan ikan tenggiri, sementara itu di kawasan telaga minyak Bintulu dan Beting Lucornia pula terdapat ikan tuna sementara Tanjung Datuk terkenal dengan permainan ikan gerpoh atau GT. Sabah pula lebih terkenal dengan kaki pancing di laut terutamanya di kawasan Pulau Layang-Layang, Pulau Mengalum, Pulau Mantanani, Pulau Balambangan, Pulau Banggi yang meliputi kawasan Pantai Barat Sabah. Kawasan tersebut merupakan lubuk bagi ikan jenis aji-aji, kertang, kerapu, tenggiri dan ikan merah. Mungkin terdapat beberapa lubuk yang tidak dicatatkan tetapi semua kawasan lubuk di atas adalah menjadi pilihan utama kepada kaki pancing. |
Pancing <b>Perlis</b>: <b><b><b>Memancing di</b></b></b> <b><b>Perlis</b></b></b <b>...</b> Posted: 08 Dec 2014 09:38 AM PST Hari ini genap seminggu saya tinggal di negeri Perlis. Banyak perkara yang kena belajar dan adjust. Pertama - cuaca hangat yang amat. Airkon 16 darjah 'full blast' pun tak rasa apa. Petang semalam ada hujan renyai sikit dan cuaca ada sejuk sikit. Ketiga - mencari tempat yang sesuai untuk membeli barang keperluan rumah , servis kereta, gunting rambut dsb. Berikut adalah beberapa keping gambar dengan sedikit cerita di bawahnya. Sesetengah gambar itu sudah tersiar dalam fesbuk saya. Gambar 1: Nasi lemak ni berharga 30 sen sebungkus. Kata taukeh, harganya baru naik seminggu lalu dari 20 sen.
Gambar 4: Ada sesiapa yang tak faham maksudnya ? Nombor telefon Pak Itam saya gelapkan sebahagiannya untuk mengelakan dia diserbu oleh pembeli. Gambar 5: Hari Ahad, saya pergi memancing di Kuala Perlis dengan kawan yang berasal dari Perlis tapi duduk di Putrajaya yang pulang sekejap ke Perlis. Gambar 6: Nampak tak budak yang naik motor tu sambil berdiri. Sebenarnya mereka memandang ke laut untuk memerhati belangkas dari atas motor. Cekap betul mata mereka mengalahkan burung helang .. Gambar 7: Saya makan bihun sup dengan abc di restoran dalam setting yang asli dalam hutan nipah. Gambar 8: Sudah seminggu saya tidak dapat memeluk cucu-cucu saya ... Walaupun hati sayu bila terkenang dan terbayang keletah dua orang cucu saya dan juga keadaan rumah dan tanaman yang ditinggalkan, namun perasaan itu semua menjadi kecil berbanding kegembiraan dapat kembali tinggal sebumbung dengan Makngahnya dan anak-anak yang masih bersekolah. |
Pancing <b>Perlis</b>: <b><b><b><b>Memancing di</b></b></b></b> <b><b>Perlis</b></b <b>...</b> Posted: 27 Oct 2014 09:45 AM PDT Bersedia untuk tawan ikan besar di Langkawi,yang amat memuaskan hati.Para kaki pancing bolehlah hubungi saya untuk kita sama-sama turun ke laut untuk bertarung dengan ikan yang besar.Memang puas hati,saya coretkan sedikit pengalaman saya sambil bercuti dengan keluarga di Langkawi. Pada bulan Julai sebelum puasa saya dah rancang nak bawa keluarga untuk bercuti di Langkawi.Seperti sedia maklum kawan-kawan saya yang baru bersara dari ATM,telah pun bercuti bersama keluarga,cuma saya saja yang belum sebab kesibukan berkursus dan kerja, hasrat bercuti terpaksa ditangguhkan dulu. Pada mulanya perancangan saya,bercadang untuk holiday kat Pulau Perhentian Terengganu,namun selepas kursus Nature Guide di Perlis, bertemu dengan kawan-kawan yang mojoriti datang dari Langkawi.So..holiday saya bertukar sebab kawan-kawan nak buat reunion dan dinner kat Langkawi beserta dengan saya dan geng dari Perak ada 5 orang sahaja,yang lain 25 orang semua orang Langkawi. Bot fiber 23 kaki,melalui Pulau Tikus pemandangan yang menarik..kadang-kadang jetsky melintas di laluan yang menganggu keselesaan kami tengah menunggu ikan,untuk ditarik..memang best gilerr..enjoy la..memang terbaik..nak try jom...kita turun tengok baru tau...macamana nak tawan ikan besarr...rasa-rasa esok nak pi lagi.. |
Pancing <b>Perlis</b>: <b><b><b><b><b>Memancing di</b></b></b></b> <b <b>...</b> Posted: 06 Oct 2014 09:12 AM PDT (Pautan Dari Saudara Potocol Pancing.Net) SALAM SEMUA PARA PEMBACA DI LAMAN FORUM PNET INI Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, artikel yg tak seberapa ini akan membantu tuan-tuan dalam merealisasikan impian tuan2 untuk memancing di laut dalam dari aspek persediaan. Persoalan dalam topik ini ialah ttg apakah persediaan yg diperlukan oleh pemancing yg ingin memancing di laut dalam dari aspek umpan, kekili, joran, tali, batu ladung, perambut mahupun teknik2 dan masa yg terbaik? Persoalan sebegini amat sering diketengahkan oleh para pemancing yg novice atau beginner. Umpan - macam-macam jenis umpan boleh digunakan. Tetapi ada kalanya umpan2 tersebut amat diklasifikasikan mengikut spesis ikan. Ada juga umpan yang universal bagi sekelompok spesis ikan. Jenis umpan yg terbaik ialah bekalan dari ikan segar atau hidup yang diperolehi atau dipancing (menggunakan teknik appolo) ketika dlm perjalanan ke destinasi/spot, atau membelinya di pasar atau di jeti dari nelayan yg baru pulang dari menangkap ikan di laut. Hendaklah diketahui, bahawa umpan-umpan ini merupakan satu module utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerna atas kesegarannya akan menentukan keberkesanannya. Antara jenis umpan yg dianggap universal di laut dalam ialah ikan pelaling, ikan tongkol, ikan kembong, anak ikan alu-alu dan sotong pasar. Pastikan jumlah umpan2 ini mencukupi utk tempoh dan jumlah pemancing dlm sesuatu trip. Pengalaman saya dalam menyediakan umpan bagi sesuatu trip seperti berikut: jika 10 pemancing utk trip 3h2m, sekurang2nya sotong pasar perlu disediakan sejumlah 3 ke 4kilo seorang. Manakala umpan ikan 2kilo seorang.
Kekili - Secara lumrahnya, memancing laut dalam bukan saja pancingan dasar diutamakan malah beberapa teknik yg lain juga turut dipraktikan antaranya teknik hanyut, casting, jigging, popping dan tundaan atau kenali sebagai teknik troling. Oleh yg demikian, kesenua teknik2 tersebut, memerlukan kekili yg berbeza dlm spesifikanya. Seperti contoh, set untuk dasar/bottom, set multiplier bersiri 30 keatas seperti jenama Shimano model TLD30, TLD50 atau jenama Penn model Penn International TLD30 dan TLD50. Model2 ini berupaya menyimpan tali utama/mainline sepanjang 250 meter keatas dgn diameter 0.35mm ke atas. Namun begitu, anda tidak perlu menyimpan tali sehingga 300 meter kerna memadai dgn kepanjangan 250 meter disebabkan kedalaman perairan di Malaysia tidak sedalam itu. Jenama2 lain seperti Abu Garsia Big Game, Okuma, Tica, Daiwa juga boleh digunakan asalkan bersaiz seperti yg dinyatakan sebelum ini. Daiwa Sea_Line 50 multiplier pun tidak kurang hebatnya! Dewasa ini, ramai penggemar laut dalam memiliki kekili eletrik. Kekili ini sangat membantu. Anda boleh mencubanya bila sampai masa untuk anda berjinak2 dgn kekili ala robotic ini!
Joran/Rod - Untuk pancingan dasar dan pancing tundaan/trolling, adalah sesuai jika anda menyediakan rod dgn kepanjanagan 5.5 kaki hingga 6.5 kaki dengan performance 30/80lb (bottom), 50/80lb (trolling) yg mana rod2 ini menyamai kekuatan PE4 hingga ke PE8. Antara model2 yang mampu dibeli ialah seperli Daiwa big game, lemax, okuma dimana harganya boleh dikategorikan 'mampu dibeli' dan workable. Seandainya anda meminati teknik ber'jigging', gunalah rod yg mempunayi kekuatan performance dari PE3 hingga ke PE5 dgn kepanjangan rod sepanjang 5 ke 6 kaki adalah sangat sesuai untuk bermain dgn ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh di bawah had berat 15kg. Jikalau ikan GT yg bersaiz besar atau saiz XXL eloklah menggunakan rod yg berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang rod yang sama. Hakikatnya, teknik ber'jigging' dan ber'popping' boleh menggunakan perambut yg kasar baik siang ataupun malam tanpa ragu dan bimbang dari permasaalahan. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.
Seandainya anda meminati teknik ber'popping', rod 6 kaki sangat sesuai untuk anda membuat lontaran jauh. Disamping itu, sediakan sebatang rod sebagai selingan yg berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing menggunakan teknik apollo (cari umpan ikan hidup atau sotong hidup). Popper juga memainkan peranan sebagai umpan utk teknik ber'popping'. Pastikan anda memiliki popper2 yang sesuai utk sesuatu spot. Guna dan praktiklah teknik 'ujikaji' bagi pelbagai jenis popper atau jig dlm sesuatu spot bagi mendapatkan keserasian antara mangsa dan umpan!
Mengenai penggunaan tali, perkara yang paling penting utk memilih tali saiz tali tersebut kerna saiz mempunyai hubung-kait dgn kapasiti atau had muatan di dlm kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya kekili tersebut. Amnya, mainline/tali utama utk pancingan dasar dan menunda/trolling adalah sekitar 80lb hingga 100lb utk mainline 'tangsi/mono'. Anda juga boleh menggunakan tali sulam/braided yg mempunyai performance 60lb ke 80lb utk pancinagn bottom dan tunda. Diameter utk tali sulam adalah lebih kecil dari tali tangsi tetapi memikul kekuatan yg lebih kuat dari tali mono yg berkekuatan lebih dari tali sulam. Manakala jenis kekili yg digunapakai utk aktiviti ber'jigging' dan ber'popping' pula, perlulah disuaikan dengan tali sulam 50lb hingga 80lb dan disambung dengan tali tangsi/mono yg ber'performance' antara 80lb hingga ke 100lb sepanjang 2.5 hingga 3 meter atau lebih kurang 2 depa lebih utk dijadikan 'rig' atau perambut dan berfungsi sebagai alat serap kejutan atau dikelnali sebagai 'shock leader'. Ada pelbagai jenis tali perambut/shock leader dijual dipasaran. Jenis-jenis perambut seperti perambut appolo, perambut hanyut (guna tanduk), perambut bercabang 2, perambut tenggiri, perambut karang, perambut ebek dan yg lain2. Pastikan juga setiap trip laut dalam anda memiliki set perambut yg dibawa ber'performance' 30lb hingga ke 100lb dan tidak kira apa jenama atau harganya sekalipun. Jarak dlm ukuran membina sesuatu perambut untuk pancingan dasar adalah 2 hingga ke 3 depa diikat pada 2 mata kail yg bersaiz 1/0 di depan dan 3/0 atau 4/0 di hujungnya. Kalau satu mata sahaja gunalah mata kail bersaiz 4/0 atau 5/0. Teknik perambut appolo 2 mata digunakan jika spot tersebut berlabuh dikawasan karang tinggi.....(tempat merah dan kerapu berpenghuni!!) Gunakanlah perambut yg berwarna cerah atau ada sedikit warna kebiruan serta kehijauan (yg sering dikirim oleh rakan2 jika memancing di Ko Adang Thailand). Pendek kata, perambut yg seakan-akan2 warna air. Ada juga yg menggunakan perambut yg berbagai warna iaitu merah, coklat, kuning dan biru dimana warna2 ini digabungkan dlm satu tali. Saya dan rakan2 pernah menggunakan perambut ini semasa memancing di Pelantar Minyak Dungun. Hasilnya, ilhamdulilah. Dan ada juga pemancing yg gemar menggunakan perambut yg keras dan sebaliknya. Tapi kedua-duanya boleh diguna-pakai asalkan perambut tersebut tahan terhadap kejutan, tak senang kerinting, tahan calar atau bersimpul. Jika ini berlaku semasa ikan sedang frenzy, maka putih matalah anda disaat itu! Ada juga perambut yg di namakan 'perambut hantu' dimana ianya memiliki tahap penglihatan yg amat rendah atau tiada langsung kelihatan di dalam air yg dikenali sebagai 'zero visibility'. 'Perambut hantu' ini mahal harganya. Ada juga menggunakan tali jenama seahawk atau eagle yg murah dijual dipasaran dan jgn sesekali memandang rendah tali perambut ini kerna walaupun ianya murah tetapi ternyata telah memberi kepuasan kpd sesetengah pemancing. Hanya anda yg akan menentukan yg mana satu yg anda ingin beli dan jangan lupa....periksa jumlah RM di dlm bag duit anda sebelum membelinya!! Satu lagi 'equipment' yg perlu diambil kira utk memancing di laut dalam- iaitu 'batu ladung'. Ada banyak aspek yg perlu diketahui dlm penggunaan batu ladung ini. Antaranya ialah hubungan dan kaitannya antara lokasi dan arus. Negara Malaysia mempunyai beberapa pantai. Antaranya Pantai Barat dan Pantai Timur. Kedua2 perairan pantai ini mempunyai struktur bumi yg berbeza. Pantai barat lebih sempit dari pantai timur. Kalau di Pantai Barat, had maksimum saiz batu ladung yg biasa digunakanialah bersaiz no:32 atau berat metrik 1.5kg. Manakala di Pantai Timur pula had maksimum saiz batu ladung ialah no:24 atau berat metrik 1kg. Berbezaan ini disebabkan perbezaan arus di Pantai Barat lebih laju/deras berbanding di Pantai Tmur kerna laluan yang sempit seperti yg saya nyatakan sebelum ini. Begitu juga halnya di Sabah dan Sarawak, dimana arus lautnya lebih kurang sama seperti Pantai Timur Semenanjung kerna ianya berada di kawasan yang sama – iaitu di Laut China Selatan. Kebiasaanya, memancing di laut hanya perlu membawa batu ladung mati yg bersaiz dari saiz 8 hingga ke no:24 atau no:32 jika memancing di Pantai Barat. Berapakah jumlah yg perlu dibawa? Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa mempunyai batu ladung tambahan sebagai langkah keselamatan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus akibat dari gigitan ikan, terkena karang yg tajam, tersimpul dgn tali rakan2 yg terpaksa diputuskan atau kehilangan yg tak diduga! Jika ditanya pada masa bilakah sesuai utk turun memancing di laut? Terus terang saya katakan bahawa ramai yg tidakboleh memberimaklumat yg tepat kerna ianya berhubung rapat dgn lokasi yang bakal anda pancingi. Lebih baik jikalau kita minta pandangan dan maklumbalas dari kaki2 pancing yg pernah berkunjung di kawasan tertentu atau dapatkan info dari tekong yang bakal kita gunaka perkhidmatanya. Kalau dari segi masa pula, ikan lebih aktif dan galak memakan umpan diwaktu malam dan pada setiap kali berlaku perubahan arus yakni setiap 3 ke 4 jam. Ketika ketiadaan arus, ikan biasanya bersifat pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi, jgn marah dan gusar jika umpan anda tidak dijamah!! Utk jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut untuk satu-satu lokasi yang bakal anda kunjungi. Kadang2 kita akan berhadapan dgn lauatan yg tenang seperti di tasik. Kadang2 bergelora seketika dan 'oleng' kiri dan kanan. Maka bersedialah batu ladung yg sesuai di ketika ini!! Anda juga perlu tahu untuk menyediakan perambut appolo bagi memancing ikan-ikan selar, tamban, tongkol atau kembong. Atau dengan erti kata lain, kita biasa membelinya di kedai pancing dengan harga RM1.50 ke RM3.00 sebungkus. Ada pelbagai warna dan saiz. Namun begitu, kebanyakan nelayan pantai timur dan selatan, mereka menggunakan perambut appolo yang dibuat sendiri. Saya ingin berkongsi dgn anda semua tentang pembinaan perambut appolo ini... Bilakah waktu yg paling baik untuk kita memancing di laut dalam? - Kebiasaannya ialah waktu petang membawa ke senja sebelum tenggelamnya matahari - Tengah malam serta awal pagi sebelum terbit fajar. - Awal pagi atau subuh - Sesudah subuh dari jam 8am hingga 11am |
<b><b><b>Memancing di</b></b></b> <b>Perlis</b> - <b><b>Pancing</b></b> - <b <b>...</b> Posted: 31 May 2014 03:51 PM PDT |
You are subscribed to email updates from memancing di perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan