<b>Memancing di</b></b> Labuan</b> - <b>Pancing</b> - Pancing Mania <b>...</b> - Memancing di Perlis |
- <b>Memancing di</b></b> Labuan</b> - <b>Pancing</b> - Pancing Mania <b>...</b>
- pakej <b>memancing di</b> pulau tikus langkawi - taiping - Pancing <b>Perlis</b>
- Pancing <b>Perlis</b>: Cabaran <b>Memancing</b> 'Eco Boat” Kulim 2013 | JTimes <b>...</b>
<b>Memancing di</b></b> Labuan</b> - <b>Pancing</b> - Pancing Mania <b>...</b> Posted: 04 Oct 2014 12:00 AM PDT Malaysia merupakan negara yang mempunyai pulau dan pantai yang tercantik di dunia. Namun mungkin kurang pendedahan di media massa menyebabkan banyak tempat menarik di Malaysia kurang mendapat perhatian umum dan hanya beberapa tempat sahaja yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Kami ingin berkongsi dengan anda 10 lokasi pulau dengan pantai yang tercantik di Malaysia yang mungkin anda boleh lawati. *Ini merupakan pendapat peribadi penulis. 10 Pantai Tercantik di Malaysia 1. Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik, ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN. Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort. 2. Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini. Pulau Perhentian Kecil mempunyai 'Long Beach' di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di Malaysia. Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. Di sini terdapat pemandangan indah ketika matahari terbenam. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya. Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung 'backpacker' gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan. 3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu persisiran pantai terbaik Langkawi. Air di kawasan pantai jelas seperti kristal, pasirnya pula halus menjadikan pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia. Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat. 4. Pantai Pulau Lankayan, Sabah Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan. Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih, tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik. Info Lanjut 5. Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada "syurga penyelam" sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah, kawasan ini adalah kawasan persendirian. Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini. Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul. 6. Pantai Pulau Manukan , Sabah Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot yang mengambil masa 10 minit perjalanan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah parasailing, selam skuba, mendaki gunung dan mengambil gambar permandangan bagi peminat fotografi. Bagi yang ingin menginap di sini, anda boleh berkunjung ke Manukan Island Resort. 7. Pantai Pulau Sapi, Sabah Pulau Sapi terletak di luar pantai pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Dari Hyatt Regency Kinabalu, anda perlu menaiki teksi ataupun 10 minit berjalan kaki untuk ke jeti di terminal feri Jesselton Point, Kota Kinabalu. Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang. Info Lanjut 8. Pantai Pulau Mabul, Sabah Pantai ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah anda lihat. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini. Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam. Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju. Info Lanjut 9. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor Sebenarnya, nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar. Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan oleh resort. Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan. Info Lanjut 10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang , Terengganu Terdapat dua pantai Teluk Dalam iaitu di Pulau Pangkor dan juga Pulau Redang. Pilihan penulis adalah Pantai Teluk Dalam di Pulau Redang . Pantai Teluk Dalam tidak boleh diakses dari pantai Pasir Panjang. Anda boleh menyewa bot ataupun menggunakan laluan trek hutan yang menghubungkan kedua pantai (dianggarkan kira-kira satu jam jika berjalan kaki). Anda juga boleh menggunakan akses yang paling biasa iaitu dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu, di mana anda akan mengambil bot Berjaya Resort ke jeti kampung nelayan di Redang. Dari jeti, anda boleh menggunakan pengangkutan minivan sejauh kira-kira 3 km di jalan pedalaman ke pantai ini. Pantai ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti renang, tetapi tidak begitu sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak banyak karang. Jika anda ada maklumat tambahan, hantarkan emel kepada kami submit@wanista.com |
pakej <b>memancing di</b> pulau tikus langkawi - taiping - Pancing <b>Perlis</b> Posted: 10 Mar 2014 03:42 AM PDT Bersedia untuk tawan ikan besar di Langkawi,yang amat memuaskan hati.Para kaki pancing bolehlah hubungi saya untuk kita sama-sama turun ke laut untuk bertarung dengan ikan yang besar.Memang puas hati,saya coretkan sedikit pengalaman saya sambil bercuti dengan keluarga di Langkawi. Pada bulan Julai sebelum puasa saya dah rancang nak bawa keluarga untuk bercuti di Langkawi.Seperti sedia maklum kawan-kawan saya yang baru bersara dari ATM,telah pun bercuti bersama keluarga,cuma saya saja yang belum sebab kesibukan berkursus dan kerja, hasrat bercuti terpaksa ditangguhkan dulu. Pada mulanya perancangan saya,bercadang untuk holiday kat Pulau Perhentian Terengganu,namun selepas kursus Nature Guide di Perlis, bertemu dengan kawan-kawan yang mojoriti datang dari Langkawi.So..holiday saya bertukar sebab kawan-kawan nak buat reunion dan dinner kat Langkawi beserta dengan saya dan geng dari Perak ada 5 orang sahaja,yang lain 25 orang semua orang Langkawi. Bot fiber 23 kaki,melalui Pulau Tikus pemandangan yang menarik..kadang-kadang jetsky melintas di laluan yang menganggu keselesaan kami tengah menunggu ikan,untuk ditarik..memang best gilerr..enjoy la..memang terbaik..nak try jom...kita turun tengok baru tau...macamana nak tawan ikan besarr...rasa-rasa esok nak pi lagi.. |
Pancing <b>Perlis</b>: Cabaran <b>Memancing</b> 'Eco Boat” Kulim 2013 | JTimes <b>...</b> Posted: 13 Feb 2014 12:00 AM PST Ada dua perkara utama yang dititikberatkan oleh kaki pancing terutamanya mereka yang bergelar kaki pancing tegar iaitu alatan dan lubuk (lokasi pancing yang banyak ikan). Kadang-kadang tentang hasil pancing tidak dihiraukan sangat biar pulang dengan tangan kosong janji puas boleh baling umpan dan pergi ke lubuk baru. Bercerita mengenai lubuk, ia satu perkataan yang sensitif buat kaki pancing. Maklumlah lubuk dengan kaki pancing tidak dapat dipisahkan ibarat irama dengan lagu. Terdapat pelbagai tempat yang diklasifikasikan sebagai lubuk oleh kaki pancing tidak kira sama ada di laut, sungai, kolam, pantai, paya dan laut. Bermula dari utara tanah air hinggalah ke Sabah dan Sarawak, semuanya mempunyai lubuk pancing dan keistimewaan yang tersendiri. Kita bermula dari negeri yang paling utara iaitu Perlis, kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing ialah sepanjang Sungai Korok. Bagi mereka yang bergelar kaki pancing dan anak watan negeri tersebut pasti mempunyai pengalaman memancing di sungai tersebut yang mengandungi ikan jenis belida dan lampam. Selain daripada itu antara lubuk ikan air tawar di negeri tersebut ialah empangan Timah Tasoh yang menjanjikan ikan tilapia kepada mereka yang menunggu dengan penuh kesabaran. Seterusnya di persisiran pantai Kuala Perlis dan Sungai Baru, jika tiada aral melintang kaki pancing boleh menaikkan sembilang, gelama dan kerapu. Seterusnya lubuk di negeri Kedah, bagi memancing tegar pasti pernah memancing di luar Pulau Langkawi antara perairan negara yang mempunyai banyak lubuk ikan . Selain di sekitar tukun yang terdapat di tengah laut, kaki pancing boleh mengadu kehebatan di beberapa pulau kecil yang dikelaskan sebagai lubuk ikan . Antara spesies ikan yang bakal dinaikkan oleh kaki pancing ialah jenahak, belitung, kerapu, alu-alu dan kertang. Manakala di Kedah, antara lubuk yang popular tentunya di Terusan Wan Mat Saman, Sungai Muda, Tasik Pedu dan Empangan Tanjung Chali dan Sungai Alor Mengkudu. Jenis ikan yang terdapat di lubuk Jelapang Padi itu ialah jelawat, belida, lampam, toman, patin dan rohu. Joran kaki pancing pasti dilarikan spesies kerapu, jenahak, senangin, siakap merah, gerut-gerut, pari, gelama papan, manakala ikan pertengahan air termasuk tenggiri, alu-alu dan talang. Lubuk di Perak pula banyak tertumpu di persekitaran Empangan Temenggor, iaitu Tasik Temenggor, Tasik Chenderoh dan Tasik Kenering. Antara jenis ikan yang terdapat di situ ialah toman, temoleh, belida, kelah dan tilapia. Jika ingin memancing ikan air masin pula lubuk yang terkenal tentunya di Pulau Sembilan, Pulau Pangkor, Pulau Jarak dan di muka Kuala Lumut yang menjanjikan syurga ikan kepada kaki pancing terutama ikan jenis kerapu, tambak, talang, gerpoh, ebek, cencaru dan kerisi. Bagi warga kota pula yang merantau di Kuala Lumpur dan Selangor cukup sinonim dengan lubuk ikan di Pulau Angsa, Pulau Ketam, Pulau Indah, Pelabuhan Kelang dan Tanjung Harapan. Lubuk-lubuk ini terkenal dengan ikan pari, sembilang, jenahak, siakap merah, gelama, daun baru dan telinga gajah. Manakala di kawasan sungai pula ia agak kurang popular berikutan kolam ikan berbayar yang banyak dibuka tetapi anda boleh mencuba memancing di Sungai Bernam, Sungai Selangor dan sekitar kawasan Kuala Selangor. Jika anda ingin mencari lubuk udang galah bolehlah singgah di Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan. Malah, negeri yang tersohor dengan adat perpatih itu juga terkenal dengan tempat memancing di sepanjang pantai Port Dickson dan perairan Selat Melaka dengan hasil jenahak, kerapu, gerut-gerut. Johor juga cukup terkenal dengan lubuk ikan laut seperti di Pulau Pemanggil, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Pisang. Hasilnya ialah ikan berprofil tinggi seperti tenggiri, ebek, kerapu, aruan tasik, alu-alu dan pelbagai spesies ikan merah. Di kawasan Sungai Redan, Ulu Tiram pula, kaki pancing berpotensi untuk membawa naik pari, kerapu, siakap, senangin, tebal pipi dan jenahak. Ikan ini juga banyak terdapat di lubuk lain seperti di Perigi Aceh, Tanjung Sedeli dan Tebing Runtuh. Penggemar udang galah pula boleh menduga kepakaran mereka di Sungai Mawai manakala ikan sungai terbaik seperti kelah, kelisa, sebarau, kaloi, toman dan tapah boleh dipancing di sekitar Kuala Lemakoh dan Sungai Endau. Bila sebut tentang Pahang pasti para kaki pancing terbayang pekan Rompin yang terkenal dengan aktiviti memancing baik di sungai mahupun laut. Kalau di laut ia terkenal dengan ikan layaran manakala kalau di sungai pula sudah tentu di Taman Negara, lubuk bagi ikan jenis kelah, patin, tapah, lampam dan sebarau. Tempat lain yang dianggap lubuk bagi kaki pancing ialah di Nenasi, Merchong, Hulu Rompin , Hulu Lemakoh, Lubuk Karang Do, Tasik Bera, Tasik Chini, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Seterusnya di Terengganu, lubuk yang paling digemari tentunya di kawasan pulau yang indah dan air yang jernih seperti di luar Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Bidong, Pulau Merang, Pulau Yu, Pulau Tenggol. Ikan yang bakal tersangkut di mata kail kaki pancing di situ ialah ikan merah, gerpoh, alu-alu, mayong, belitung, kerapu merah, telinga gajah dan ibu kerisi. Spesies ikan air tawar pula tentunya di lubuk seperti Tasik Kenyir, Sungai Terengganu, Sungai Cacing, Sungai Mangkok dan Sungai Penarik. Tasik Kenyir terkenal dengan kelicikan toman bersama 39 spesies ikan yang lain manakala di kawasan lain pula ada juga terdapat jenis ikan kelah, baung, sebarau dan patin. Kaki pancing tegar pasti tidak ketinggalan untuk memancing di Kelantan berikutan beberapa tempat yang dianggap lubuk seperti di Tok Bali, Kuala Koh, Sungai Golok dan Sungai Kelantan dihuni ikan jenis kelah, kelisa, belida, lampam dan spesies ikan air tawar yang lain seperti keli serta haruan. Menjengah ke sebarang Laut China Selatan pula iaitu di Sarawak, kaki pancing akan dihidangkan dengan ratusan lubuk ikan seperti di Hulu Sungai Rajang, Mukah, Sungai Bedengan. Lokasi ini banyak dihuni gelama, siakap merah, gerut, belanak, sembilang dan sebagainya di hulu sungai ini terdapat juga udang galah yang bersaiz besar. Manakala di laut Mukah terdapat ikan jenis tenggiri batang, merah, cupak, bayan, landok, aruan tasik, kerapu sementara di kawasan muara Tebas pula terdapat ikan jenis pari, buntal, jenahak dan baung. Ikan jenis air tawar pula terdapat di Sungai Satok, Sungai Lundu, Sungai Sematan, Sungai Batang Ai, Sungai Miri dan Sungai Igan yang terkenal dengan ikan jenis talapia dan ikan gergasi empurau selain udang galah. Bagi kaki pancing laut dalam tentu lebih senang dengan lubuk Parlour atau Paloh yang kaya dengan ikan tenggiri, sementara itu di kawasan telaga minyak Bintulu dan Beting Lucornia pula terdapat ikan tuna sementara Tanjung Datuk terkenal dengan permainan ikan gerpoh atau GT. Sabah pula lebih terkenal dengan kaki pancing di laut terutamanya di kawasan Pulau Layang-Layang, Pulau Mengalum, Pulau Mantanani, Pulau Balambangan, Pulau Banggi yang meliputi kawasan Pantai Barat Sabah. Kawasan tersebut merupakan lubuk bagi ikan jenis aji-aji, kertang, kerapu, tenggiri dan ikan merah. Mungkin terdapat beberapa lubuk yang tidak dicatatkan tetapi semua kawasan lubuk di atas adalah menjadi pilihan utama kepada kaki pancing. |
You are subscribed to email updates from memancing di perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan