<b><b><b><b>Memancing di</b></b></b> <b>Perlis</b></b></b> - <b>Pancing <b>...</b> - Memancing di Perlis |
- <b><b><b><b>Memancing di</b></b></b> <b>Perlis</b></b></b> - <b>Pancing <b>...</b>
- Cara Terbaik Pancing Udang Galah - Pancing Mania Blog
- <b>Memancing di</b> Johor | Pancing Johor - Blogger
<b><b><b><b>Memancing di</b></b></b> <b>Perlis</b></b></b> - <b>Pancing <b>...</b> Posted: 06 Jun 2014 01:33 PM PDT Hari ini genap seminggu saya tinggal di negeri Perlis. Banyak perkara yang kena belajar dan adjust. Pertama - cuaca hangat yang amat. Airkon 16 darjah 'full blast' pun tak rasa apa. Petang semalam ada hujan renyai sikit dan cuaca ada sejuk sikit. Ketiga - mencari tempat yang sesuai untuk membeli barang keperluan rumah , servis kereta, gunting rambut dsb. Berikut adalah beberapa keping gambar dengan sedikit cerita di bawahnya. Sesetengah gambar itu sudah tersiar dalam fesbuk saya. Gambar 1: Nasi lemak ni berharga 30 sen sebungkus. Kata taukeh, harganya baru naik seminggu lalu dari 20 sen.
Gambar 4: Ada sesiapa yang tak faham maksudnya ? Nombor telefon Pak Itam saya gelapkan sebahagiannya untuk mengelakan dia diserbu oleh pembeli. Gambar 5: Hari Ahad, saya pergi memancing di Kuala Perlis dengan kawan yang berasal dari Perlis tapi duduk di Putrajaya yang pulang sekejap ke Perlis. Gambar 6: Nampak tak budak yang naik motor tu sambil berdiri. Sebenarnya mereka memandang ke laut untuk memerhati belangkas dari atas motor. Cekap betul mata mereka mengalahkan burung helang .. Gambar 7: Saya makan bihun sup dengan abc di restoran dalam setting yang asli dalam hutan nipah. Gambar 8: Sudah seminggu saya tidak dapat memeluk cucu-cucu saya ... Walaupun hati sayu bila terkenang dan terbayang keletah dua orang cucu saya dan juga keadaan rumah dan tanaman yang ditinggalkan, namun perasaan itu semua menjadi kecil berbanding kegembiraan dapat kembali tinggal sebumbung dengan Makngahnya dan anak-anak yang masih bersekolah. | |||||||||||||
Cara Terbaik Pancing Udang Galah - Pancing Mania Blog Posted: 13 Apr 2014 12:00 AM PDT CARA DAN TEKNIK MEMANCING UDANG GALAH Salam… Untuk entri kali saya akan bincangkan tentang Cara dan Teknik mengumpan udang galah. Ia merangkumi dari segenap aspek iaitu dari segi peralatan memancing, kawasan memancing, umpan pancing, waktu pancing dan sebagainya. Perkongsian ini adalah dari pengalaman dan pembacaan serta perkongsian rakan-rakan pemancing saya diluar sana yang juga kaki pancing udang galah. Diharap dengan adanya entri ini tentang cara dan teknik memancing udang galah, dari segi umpan udang galah, peralatan memancing, pot udang galah dan sebagainya, memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca sekalian tentang cara dan teknik memancing udang galah. Tapi sebelum itu kita fahamkan dahulu tentang fakta Udang Galah dan selepas itu baru topik cara pancing udang galah. FAKTA LENGKAP TENTANG UDANG GALAH Udang galah memiliki ciri fizikal yang pelik dengan bentuk penyepitnya yang panjang dan beruas. Termasuk dalam keluarga Palaemonidae, udang galah mendapat nama disebabkan kaki berjalan keduanya memanjang melebihi ukuran badannya. Bentuk fizikal inilah yang membuatkan udang galah dikenali, bahkan mudah dibezakan daripada spesies udang air tawar yang lain. Beberapa penyelidik meletakkan beberapa peringkat pengkelasan bagi mengenal pasti pesies udang berkenaan. Terdapat sembilan peringkat pengkelasan yang meliputi peringkat alam kehidupan hingga spesies.Udang galah Macrobrachium rosenbergii dapat ditemukan dengan mudah di sungai air tawar dan payau. Habitat udang galah sentiasa berubah dan berbeza-beza, terutamanya dari peringkat larva, atau pun poslarva hingga dewasa. Fenomena migrasi juga memainkan peranan penting dalam populasi udang galah. Oleh sebab itu generasi udang galah sukar terhapus di persekitaran sungai walaupun populasinya sedikit. Spesies udang galah mudah dikenali terutamanya bagi penduduk yang duduk berhampiran sungai dan persekitarannya. Udang galah bersifat omnivor di samping memiliki saiz mulut yang kecil untuk makan daging dan tumbuhan. Bahan reput, tumbuhan akuatik, daging haiwan, dan daging ikan juga merupakan sumber makanan udang galah. Disebabkan makanannya mendap di dasar sungai, udang galah menjadi hidupan akuatik yang amat sesuai mendiami habitat di dasar sungai. Macrobrachium rosenbergii merupakan spesies terbesar dalam kalangan udang air tawar dengan panjang keseluruhan termasuk kelanya mencecah hingga 70 sentimeter dan berat yang melebihi 500 gram. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 2kg. Saiznya yang besar dengan fizikalnya yang menarik membuatkan spesies ini berpotensi dijadikan makanan istimewa bagi penduduk Malaysia. Haiwan akuatik ini berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan dan kelabu dengan memiliki kaki renang sebanyak lima pasang termasuk tiga pasang kaki jalan, sepasang penyepit dan sepasang kaki pemungut makanan. Kulit udang galah yang berupa eksoskeleton adalah separa lembut dengan diselaputi lima segmen kulit yang memudahkannya bergerak, dan berenang. Jangka hayat udang galah dapat mencapai hingga lima tahun. Hal ini menjadikan spesies udang galah masih kekal di persekitaran sungai di Malaysia. Proses pemburuan oleh manusia yang terhad kepada kaedah tradisional menyebabkan spesies ini kekal beberapa dekad lagi. Hal ini memberikan kesempatan kepada spesies udang galah meneruskan generasinya melalui proses pengawanan. Udang galah mengawan apabila mula matang. Kebanyakan udang galah betina matang apabila umurnya mencecah dua bulan selepas menjadi poslarva. Bagi udang galah jantan pula, kematangan dicapai apabila berumur melebihi tiga bulan. Kebiasaannya, seekor udang galah jantan dapat mengawan dengan empat hingga tujuh ekor udang galah betina. Proses pengawanan berlaku apabila induk udang galah betina mula bersalin kulit. Pada ketika itu, keadaannya lembut dan kurang bermaya. Di samping itu, proses pengecutan otot pada bahagian luar ovari berlaku dan secara langsung memberikan tekanan kepada sistem peneluran. Dalam masa yang sama, organ pembiakan mulai terbuka secara perlahan-lahan. Pengeluaran telur berlaku melalui telikum, iaitu organ pembiakannya. Peluang ini digunakan oleh induk jantan bagi memindahkan spermanya kepada telur berkenaan bagi proses persenyawaan.Telur berkenaan kemudiannya dilekatkan pada kaki renang pertama hingga kaki renang keempat. Tempoh perkembangan telur ini adalah antara satu hingga 18 hari dengan disertai perubahan warna telur. Terdapat tiga fasa peringkat telur. Fasa pertama, telur berwarna oren dalam tempoh tujuh hari pertama. Pada fasa kedua, warna telur berubah menjadi kekuning-kuningan manakala pada fasa ketiga, warna telur menjadi kelabu dengan terbentuknya larva yang bakal mewarisi generasi udang galah. Sebaik sahaja telur mencecah hari ke-21, larva udang galah menetas dan mulai beredar daripada induknya. Larva udang galah berenang dalam keadaan terbalik, iaitu kaki berjalan dan kaki renangnya menghala ke atas. Larva memakan hidupan zooplankton seperti moina, kopipoda, dan rotifer. Pada peringkat ini, persekitaran habitat sedikit masin disebabkan oleh garam daripada air laut. Situasi ini berlarutan selama 40 hari hinggalah peringkat ini bertukar menjadi poslarva. Pada peringkat poslarva, udang galah meniarap dan berenang seperti induknya. Bentuk udang galah yang bercirikan induk memudahkannya bergerak mencari makanan, membesar menjadi juvenil di samping memaparkan unjuran kaki berjalan kedua yang mulai membesar serta memanjang. Ciri fizikal yang dimiliki ini menandakan bahawa udang galah telah mewarisi sifat induknya. Jika udang galah memiliki warna yang pudar, induk betina terhasil. Sebaliknya, jika udang galah berwarna terang kebiru-biruan, induk jantan pula terhasil.Mata kumpuan yang dimiliki oleh udang galah membantunya melihat keseluruhan persekitaran. Hal ini menjadikan udang galah sukar terhapus generasinya dari segi keselamatan. Deria penglihatan ini emudahkan udang galah mengesan musuh di persekitaran kerana udang galah menjadi kegemaran pemangsa seperti ikan haruan, toman, dan keli termasuk haiwan seperti memerang. Di samping itu, bentuk udang galah juga memudahkannya melakukan penyamaran semasa berada di dasar sungai. Antenular yang berbentuk sesungut berupaya mengesan gradien kimia serta menentukan punca pencemaran.Udang galah ini bergerak dan mendiami suatu kawasan dalam bentuk kumpulan yang kadangkala mencecah hingga 50 ekor. Namun, kumpulan yang mengawan sentiasa bergerak mengikut pasangan dan memerlukan lopak di dasar sungai. Udang galah juga merupakan krustasea yang gemar akan suasana separa gelap dan kurang pendedahan cahaya matahari. Sifatnya yang suka menyorok dicelah batu, kayu dan lubang di dasar sungai menjadikan udang galah sebagai hidupan yang unik.
CARA DAN TEKNIK PANCING UDANG GALAH Perbincangan dan persediaan memancing perlu dengan rakan pemancing. Seeloknya jangan memancing berseorangan kerana amat berbahaya. Berbincang secara santai dan aman paling kurang sehari sebelum memancing tentang peralatan, tempat, masa, umpan dan sebagainya. Amalkan semua ini untuk menjamin dalam soal hasil pancing dan keselamatan. PERALATAN MEMANCING UDANG GALAH Joran pancing dengan hujung yang lembut, ringan, kira mudah lentur dan sensitif serta ring atau cincin yang kecil. Reel spining kecil ikut ukuran untuk kolam boleh juga menggunakan penggulung kayu. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun. Mata kail pula menggunakan kail khusus udang atau circle hook tanpa kait (barbless) dengan nombor 9 hingga 12. Timah pemberat kecil dengan stopper, jangan berat sangat tau.. yang penting umpan tak dibawa lari arus pulak. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri. Secara kesimpulannya bergantung kepada kawasan pancingan dan arus sungai. Saya pernah memancing udang galah menggunakan pelampung kerana keadaan kawasan pancingan telalu banyak bahan buangan dan sampah di dasar sungai serta berbatu. Kalau pakai batu ladung atau pemberat pasti akan tersangkut.
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail. Antara umpan terbaik untuk memancing udang galah adalah cacing tanah, anak udang atau udang nasi atau udang beras dan hari ayam dadu. Ini adalah umpan memancing udang galah yang selalu saya gunakan. Senarai umpan ini juga mejadi pilihan pemancing udang galah sekarang.
Memancing udang galah sebaiknya jangan masa air pasang dan cuaca dengan curah hujan cukup tinggi. Waktu terbaik mancing udang galah ialah pada saat kemarau dan air surut. Biasanya udang sangat agresif pada malam hari. Tempat favourite bagi udang biasanya diantara kayu atau balak yang terendam di sungai. Selain itu Udang galah juga sering bermain pada dasar sungai. Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan lokasi terbaik Undang galah, antaranya kenali struktur dasar sungai tempat dimana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk liku-liku dan beralun-alun. Kedua lihat pada keadaan arus sungai lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak terlalu deras. Jika arus deras menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya. CARA UDANG GALAH MEMAKAN UMPAN Apabila udang galah beratnya lebih 300 gram maka umpan akan langsung dilarikan dan ujung joran akan langsung melentik atau melengkung. Bagi udang ukuran biasa dan kecil, biasanya sewaktu umpan dimakan, leader akan dipegang dan ditarik-tarik menggunakan capitnya sehingga ujung joran akan melentik beberapa kali seperti ikan kecil yang makan. Memancing udang galah haruslah sabar dan toleransi. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melentik atau melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan digentak kerana ia akan menjadikan mulut udang koyak dan pastinya udang galah akan terlepas. Jika Udang sudah mengena, angkat joran perlahan-perlahan sambil mengarai reel dengan posisi hujung joran diatas udang sehingga line tegak lurus dengan permukaan air. Udang biasanya jika terkena pancing akan mundur kebelakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentak atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya koyak terkena kail. Jadi pancinglah dengan atau situasi yang tenang dan santai. Kadang-kadang juga Udang Galah makan tanpa ada gerakan jadi untuk 15 minit sekali perhatikan keadaan umpan dengan karau perlahan lebih kurang 1 kaki karauan. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. CARA MEMANCING UDANG GALAH Cara memancing udang galah sebenarnya terdapat dua kaedah atau cara. Cara pertama mengunakan sampan atau Bot dan cara kedua memancing di tepi tebing. Memancing Di atas Sampan atau Bot Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki. Lima atau tiga batang joran seorang adalah bertepatan. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Pilih kawasan tebing yang lapang dan tidak terlalu bersemak untuk mengelakan gangguan haiwan atau binatang seperti ular dan sebagi. Ia juga untuk memudahkan untuk membuat lontaran dan karauan pancing. Lima atau tiga batang joran seorang adalah bertepatan dan mencukupi. Susunan joran di tepi tebing juga penting semasa memancing mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri. Pastikan juga mennggunakan pemacak atau penahan joran bagi megelakkan joran terjun ke dalam sungai. TIPS MEMANCING UDANG GALAH Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang. Jika selepas 15-30 minit masih tiada isyarat udang memakan umpan, kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu mencari lain atau baru. Musim tengkujuh ataupun musim banjir adalah tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta keadaan air yang sejuk. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 3 ke 5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai. Jaket keselamatan juga perlu ketika memancing di atas sampan atau bot. ini adalah kerana malang tidak mengenal mangsa. Memancing adalah suatu hobi yang sangat mengujakan. Terutama bila mendapat hasil seperti diharapkan. Memancing samada ia hobi anda ataupun pekerjaan anda ataupun sumber pendapatan anda, lumrah hidup samada anda Berjaya mendapat hasil pancingan ataupun tidak. Yang penting kita terus berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan. Yang Berjaya pula haruslah bersyukur dengan rezeki dariNya. Di harap dengan adanya post atau entri tentang cara dan teknik memancing Udang Galah ini member manfaat yang berguna pada pembaca dan pemancing sekalian. Kiranya ada kekurangan atau kesilapan dalam entri ini maafkan kekurangan saya. Secara amnya entri cara, tips, kaedah dan teknik memancing Udang Galah adalah dari pengetahuan, pengalaman dan pembacaan saya selama ini. Yang penting kita berusaha rezeki adalah dariNYA. Semoga entri cara, tips, kaedah dan teknik memancing Udang Galah bermanfaat dan berguna untuk anda. Wassalam. | |||||||||||||
<b>Memancing di</b> Johor | Pancing Johor - Blogger Posted: 01 Aug 2014 01:41 PM PDT (Pautan Dari Saudara Potocol Pancing.Net) SALAM SEMUA PARA PEMBACA DI LAMAN FORUM PNET INI Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, artikel yg tak seberapa ini akan membantu tuan-tuan dalam merealisasikan impian tuan2 untuk memancing di laut dalam dari aspek persediaan. Persoalan dalam topik ini ialah ttg apakah persediaan yg diperlukan oleh pemancing yg ingin memancing di laut dalam dari aspek umpan, kekili, joran, tali, batu ladung, perambut mahupun teknik2 dan masa yg terbaik? Persoalan sebegini amat sering diketengahkan oleh para pemancing yg novice atau beginner. Umpan - macam-macam jenis umpan boleh digunakan. Tetapi ada kalanya umpan2 tersebut amat diklasifikasikan mengikut spesis ikan. Ada juga umpan yang universal bagi sekelompok spesis ikan. Jenis umpan yg terbaik ialah bekalan dari ikan segar atau hidup yang diperolehi atau dipancing (menggunakan teknik appolo) ketika dlm perjalanan ke destinasi/spot, atau membelinya di pasar atau di jeti dari nelayan yg baru pulang dari menangkap ikan di laut. Hendaklah diketahui, bahawa umpan-umpan ini merupakan satu module utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerna atas kesegarannya akan menentukan keberkesanannya. Antara jenis umpan yg dianggap universal di laut dalam ialah ikan pelaling, ikan tongkol, ikan kembong, anak ikan alu-alu dan sotong pasar. Pastikan jumlah umpan2 ini mencukupi utk tempoh dan jumlah pemancing dlm sesuatu trip. Pengalaman saya dalam menyediakan umpan bagi sesuatu trip seperti berikut: jika 10 pemancing utk trip 3h2m, sekurang2nya sotong pasar perlu disediakan sejumlah 3 ke 4kilo seorang. Manakala umpan ikan 2kilo seorang.
Kekili - Secara lumrahnya, memancing laut dalam bukan saja pancingan dasar diutamakan malah beberapa teknik yg lain juga turut dipraktikan antaranya teknik hanyut, casting, jigging, popping dan tundaan atau kenali sebagai teknik troling. Oleh yg demikian, kesenua teknik2 tersebut, memerlukan kekili yg berbeza dlm spesifikanya. Seperti contoh, set untuk dasar/bottom, set multiplier bersiri 30 keatas seperti jenama Shimano model TLD30, TLD50 atau jenama Penn model Penn International TLD30 dan TLD50. Model2 ini berupaya menyimpan tali utama/mainline sepanjang 250 meter keatas dgn diameter 0.35mm ke atas. Namun begitu, anda tidak perlu menyimpan tali sehingga 300 meter kerna memadai dgn kepanjangan 250 meter disebabkan kedalaman perairan di Malaysia tidak sedalam itu. Jenama2 lain seperti Abu Garsia Big Game, Okuma, Tica, Daiwa juga boleh digunakan asalkan bersaiz seperti yg dinyatakan sebelum ini. Daiwa Sea_Line 50 multiplier pun tidak kurang hebatnya! Dewasa ini, ramai penggemar laut dalam memiliki kekili eletrik. Kekili ini sangat membantu. Anda boleh mencubanya bila sampai masa untuk anda berjinak2 dgn kekili ala robotic ini!
Joran/Rod - Untuk pancingan dasar dan pancing tundaan/trolling, adalah sesuai jika anda menyediakan rod dgn kepanjanagan 5.5 kaki hingga 6.5 kaki dengan performance 30/80lb (bottom), 50/80lb (trolling) yg mana rod2 ini menyamai kekuatan PE4 hingga ke PE8. Antara model2 yang mampu dibeli ialah seperli Daiwa big game, lemax, okuma dimana harganya boleh dikategorikan 'mampu dibeli' dan workable. Seandainya anda meminati teknik ber'jigging', gunalah rod yg mempunayi kekuatan performance dari PE3 hingga ke PE5 dgn kepanjangan rod sepanjang 5 ke 6 kaki adalah sangat sesuai untuk bermain dgn ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh di bawah had berat 15kg. Jikalau ikan GT yg bersaiz besar atau saiz XXL eloklah menggunakan rod yg berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang rod yang sama. Hakikatnya, teknik ber'jigging' dan ber'popping' boleh menggunakan perambut yg kasar baik siang ataupun malam tanpa ragu dan bimbang dari permasaalahan. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.
Seandainya anda meminati teknik ber'popping', rod 6 kaki sangat sesuai untuk anda membuat lontaran jauh. Disamping itu, sediakan sebatang rod sebagai selingan yg berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing menggunakan teknik apollo (cari umpan ikan hidup atau sotong hidup). Popper juga memainkan peranan sebagai umpan utk teknik ber'popping'. Pastikan anda memiliki popper2 yang sesuai utk sesuatu spot. Guna dan praktiklah teknik 'ujikaji' bagi pelbagai jenis popper atau jig dlm sesuatu spot bagi mendapatkan keserasian antara mangsa dan umpan!
Mengenai penggunaan tali, perkara yang paling penting utk memilih tali saiz tali tersebut kerna saiz mempunyai hubung-kait dgn kapasiti atau had muatan di dlm kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya kekili tersebut. Amnya, mainline/tali utama utk pancingan dasar dan menunda/trolling adalah sekitar 80lb hingga 100lb utk mainline 'tangsi/mono'. Anda juga boleh menggunakan tali sulam/braided yg mempunyai performance 60lb ke 80lb utk pancinagn bottom dan tunda. Diameter utk tali sulam adalah lebih kecil dari tali tangsi tetapi memikul kekuatan yg lebih kuat dari tali mono yg berkekuatan lebih dari tali sulam. Manakala jenis kekili yg digunapakai utk aktiviti ber'jigging' dan ber'popping' pula, perlulah disuaikan dengan tali sulam 50lb hingga 80lb dan disambung dengan tali tangsi/mono yg ber'performance' antara 80lb hingga ke 100lb sepanjang 2.5 hingga 3 meter atau lebih kurang 2 depa lebih utk dijadikan 'rig' atau perambut dan berfungsi sebagai alat serap kejutan atau dikelnali sebagai 'shock leader'. Ada pelbagai jenis tali perambut/shock leader dijual dipasaran. Jenis-jenis perambut seperti perambut appolo, perambut hanyut (guna tanduk), perambut bercabang 2, perambut tenggiri, perambut karang, perambut ebek dan yg lain2. Pastikan juga setiap trip laut dalam anda memiliki set perambut yg dibawa ber'performance' 30lb hingga ke 100lb dan tidak kira apa jenama atau harganya sekalipun. Jarak dlm ukuran membina sesuatu perambut untuk pancingan dasar adalah 2 hingga ke 3 depa diikat pada 2 mata kail yg bersaiz 1/0 di depan dan 3/0 atau 4/0 di hujungnya. Kalau satu mata sahaja gunalah mata kail bersaiz 4/0 atau 5/0. Teknik perambut appolo 2 mata digunakan jika spot tersebut berlabuh dikawasan karang tinggi.....(tempat merah dan kerapu berpenghuni!!) Gunakanlah perambut yg berwarna cerah atau ada sedikit warna kebiruan serta kehijauan (yg sering dikirim oleh rakan2 jika memancing di Ko Adang Thailand). Pendek kata, perambut yg seakan-akan2 warna air. Ada juga yg menggunakan perambut yg berbagai warna iaitu merah, coklat, kuning dan biru dimana warna2 ini digabungkan dlm satu tali. Saya dan rakan2 pernah menggunakan perambut ini semasa memancing di Pelantar Minyak Dungun. Hasilnya, ilhamdulilah. Dan ada juga pemancing yg gemar menggunakan perambut yg keras dan sebaliknya. Tapi kedua-duanya boleh diguna-pakai asalkan perambut tersebut tahan terhadap kejutan, tak senang kerinting, tahan calar atau bersimpul. Jika ini berlaku semasa ikan sedang frenzy, maka putih matalah anda disaat itu! Ada juga perambut yg di namakan 'perambut hantu' dimana ianya memiliki tahap penglihatan yg amat rendah atau tiada langsung kelihatan di dalam air yg dikenali sebagai 'zero visibility'. 'Perambut hantu' ini mahal harganya. Ada juga menggunakan tali jenama seahawk atau eagle yg murah dijual dipasaran dan jgn sesekali memandang rendah tali perambut ini kerna walaupun ianya murah tetapi ternyata telah memberi kepuasan kpd sesetengah pemancing. Hanya anda yg akan menentukan yg mana satu yg anda ingin beli dan jangan lupa....periksa jumlah RM di dlm bag duit anda sebelum membelinya!! Satu lagi 'equipment' yg perlu diambil kira utk memancing di laut dalam- iaitu 'batu ladung'. Ada banyak aspek yg perlu diketahui dlm penggunaan batu ladung ini. Antaranya ialah hubungan dan kaitannya antara lokasi dan arus. Negara Malaysia mempunyai beberapa pantai. Antaranya Pantai Barat dan Pantai Timur. Kedua2 perairan pantai ini mempunyai struktur bumi yg berbeza. Pantai barat lebih sempit dari pantai timur. Kalau di Pantai Barat, had maksimum saiz batu ladung yg biasa digunakanialah bersaiz no:32 atau berat metrik 1.5kg. Manakala di Pantai Timur pula had maksimum saiz batu ladung ialah no:24 atau berat metrik 1kg. Berbezaan ini disebabkan perbezaan arus di Pantai Barat lebih laju/deras berbanding di Pantai Tmur kerna laluan yang sempit seperti yg saya nyatakan sebelum ini. Begitu juga halnya di Sabah dan Sarawak, dimana arus lautnya lebih kurang sama seperti Pantai Timur Semenanjung kerna ianya berada di kawasan yang sama – iaitu di Laut China Selatan. Kebiasaanya, memancing di laut hanya perlu membawa batu ladung mati yg bersaiz dari saiz 8 hingga ke no:24 atau no:32 jika memancing di Pantai Barat. Berapakah jumlah yg perlu dibawa? Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa mempunyai batu ladung tambahan sebagai langkah keselamatan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus akibat dari gigitan ikan, terkena karang yg tajam, tersimpul dgn tali rakan2 yg terpaksa diputuskan atau kehilangan yg tak diduga! Jika ditanya pada masa bilakah sesuai utk turun memancing di laut? Terus terang saya katakan bahawa ramai yg tidakboleh memberimaklumat yg tepat kerna ianya berhubung rapat dgn lokasi yang bakal anda pancingi. Lebih baik jikalau kita minta pandangan dan maklumbalas dari kaki2 pancing yg pernah berkunjung di kawasan tertentu atau dapatkan info dari tekong yang bakal kita gunaka perkhidmatanya. Kalau dari segi masa pula, ikan lebih aktif dan galak memakan umpan diwaktu malam dan pada setiap kali berlaku perubahan arus yakni setiap 3 ke 4 jam. Ketika ketiadaan arus, ikan biasanya bersifat pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi, jgn marah dan gusar jika umpan anda tidak dijamah!! Utk jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut untuk satu-satu lokasi yang bakal anda kunjungi. Kadang2 kita akan berhadapan dgn lauatan yg tenang seperti di tasik. Kadang2 bergelora seketika dan 'oleng' kiri dan kanan. Maka bersedialah batu ladung yg sesuai di ketika ini!! Anda juga perlu tahu untuk menyediakan perambut appolo bagi memancing ikan-ikan selar, tamban, tongkol atau kembong. Atau dengan erti kata lain, kita biasa membelinya di kedai pancing dengan harga RM1.50 ke RM3.00 sebungkus. Ada pelbagai warna dan saiz. Namun begitu, kebanyakan nelayan pantai timur dan selatan, mereka menggunakan perambut appolo yang dibuat sendiri. Saya ingin berkongsi dgn anda semua tentang pembinaan perambut appolo ini... Bilakah waktu yg paling baik untuk kita memancing di laut dalam? - Kebiasaannya ialah waktu petang membawa ke senja sebelum tenggelamnya matahari - Tengah malam serta awal pagi sebelum terbit fajar. - Awal pagi atau subuh - Sesudah subuh dari jam 8am hingga 11am |
You are subscribed to email updates from memancing di perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan